Wednesday, 16 April 2014

Sad Life :"(

     Well, bila kita mencintai seseorang itu haruskah kita membiarkan hati kita disakiti ? haruskah kita mengalah hanya untuk menjaga hubungan antara satu sama lain ? haruskah kita menyimpan segala rasa sakit itu dan pendamkannya di dalam hati kita ? bila kita suda betul-betul mencintai orang itu, kita sanggup membiarkan hati kita disakiti kan ? kita membiarkan air mata kita membasahi pipi kita kan ? kita membiarkan diri kita sering dihantui oleh masalah yang terpendam dalam diri kita sendiri kan ?.. Terlalu banyak persoalan yang sedang bermain di minda kita ;( mencintai seseorang memang mudah, tetapi menahan rasa sakit hati itu sangat sukar untuk kita terima. Namun, adakah kita pernah terfikir kita juga harus menjaga perasaan kita sendiri ? mungkin sesetengah kita memang ada dan tiada. 

     Hahahaha, itu hanya sekadar luahan isi hati ku seja ba ;p .. hmm, tapi berdasarkan apa yang telah diluahkan memang betul juga, sbb aku mengalaminya juga .. aku mencintai dia bukan kerna fizikal tetapi kerna hati budinya yang baik :) sejujurnya, aku tidak pernah mencintai lelaki sedalam cinta ku terhadapnya ... memang benar, tiada percintaan yang tidak akan pernah berlaku peperangan. hehe . Sebenarnya, aku adalah salah satunya perempuan yang telah aku nyatakan seperti statement di atas :') .. bila aku sakit hati, aku hanya mampu meluahkan rasa sakit hati ku dengan MENANGIS :'( .. aku menangis bukan kerna aku ingin menangis tetapi kerna rasa sakit hati itu sudah tidak mampu untuk aku simpan .. kerna semakin aku simpan, semakin aku rasa sakit hati .. mungkin kamu juga pernah mengalami situasi seperti ini kan ? tipulaa kalau kamu tidak pernah mengalaminya. Aku juga seorang wanita, dan aku faham apa yang wanita rasakan .

     Tetapi, adakah aku juga seorang wanita yang lemah ? lemah dari segi percintaan ? aku akui aku cepat give up dengan percintaan .. tetapi aku tidak pernah give up untuk terus setia dan menunggu seseorang itu yang aku benar-benar sayang dan cinta. seperti Romeo dan Juliet hehe. aku rindu dia, walaupun kami jarang b'jumpa .. aku tahu setiap dugaan yang menimpa pada diri kami adalah sebagai satu ujian dimana Tuhan akan menguji kesetiaan,kejujuran serta kepercayaan yang sememangnya kami sendiri akan membentuknya dan menjaganya supaya ianya tidak akan retak mahupun hilang daripada pandangan mata dan hati kami sendiri .. tetapi perkara asas yang paling penting ialah KEPERCAYAAN ... apabila sesebuah hubungan itu terjalin yang ditandakan sebagai cinta jarak jauh, namun kepercayaan serta kejujuran itu sangat penting tetapi bila kepercayaan dan kejujuran itu tiada maka berlakulah pertelingkahan antara dua pihak dan akhirnya membuat keputusan untuk mengikut haluan masing-masing . Sebenarnya salah siapa ? salah cinta ? hmm, kita yang bersalah sebenarnya.. kita tidak menjaga cinta itu dengan sebaiknya mungkin kerna kita lalai dengan kepercayaan, kejujuran serta kesetiaan yang telah kita miliki .. Jangan sesekali salahkan cinta, kerna cinta tidak pernah salah .. cinta hanya wujud apabila dua insan saling suka-menyukai .. renung-renungkan laa :)

Sampai disini sahaja luahan isi hati saya :) Selamat malam .. bye <3

   

No comments:

Post a Comment